“Saya Ingatkan ‘Kacip’ Tu Perangai ‘Gila-Gila, Masuk Air'” – Heliza Helmi Tak Berkecil Hati Dengan Gelaran Netizen

EntertainmentLifestyle
21 Oct 2025 • 11:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi, tampil memberi penjelasan selepas menerima gelaran “kacip” daripada netizen, istilah yang tular dan dikatakan membawa maksud negatif kerana dikaitkan dengan penggunaan bahan terlarang.

Menurut Heliza, 39, beliau tidak tahu maksud sebenar ‘kacip’ dan hanya menganggap gelaran itu sebagai gurauan ringan yang tidak perlu diperbesarkan, memetik Kosmo Online!

Saya tak tahu maksud sebenar kacip itu apa, yang saya faham seperti perangai ‘gila-gila

Tambah Heliza, beliau serta rakan-rakannya tidak berkecil hati dengan panggilan tersebut kerana baginya, istilah itu hanya digunakan dalam konteks hiburan dan menceriakan suasana di media sosial.

Sebenarnya kami tidak kisah digelar sebegitu sebab untuk fahaman kami, kacip itu macam ‘masuk air’ dan menyeronokkan.

Mungkin kena rujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk maksud sebenar.

Kami fikir yang positif sahaja, sebenarnya lebih kepada untuk menceriakan suasana dan generasi muda dalam media sosial.

Dalam masa sama, Heliza menjelaskan bahawa keriangan mereka di media sosial bukan semata-mata untuk hiburan, sebaliknya menjadi platform untuk menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Gaza.

Kerancakan kami dalam media sosial itu tanpa sedar dapat menyebarkan tentang kezaliman rejim Zionis dan bumi Gaza kepada generasi muda.

Heliza yang terkenal dengan aktiviti kemanusiaan di peringkat antarabangsa turut menegaskan bahawa apa jua tindakan atau gelaran yang diberikan kepadanya tidak akan mematahkan semangatnya dalam memperjuangkan isu kemanusiaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-21 10:26:02

Natasha Hudson Curi Perhatian Selepas Padam Foto Berhijab, Muat Naik Gambar Tidak Bertudung