Hengyuan lantik semula Erkki Ranta sebagai CEO

LocalBusiness & Finance
2 Oct 2026 • 9:31 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hengyuan lantik semula Erkki Ranta sebagai CEO Image from: Hengyuan lantik semula Erkki Ranta sebagai CEO liza02/10/2026 - 09:31 Erkki Tapio Ranta Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Okt – Hengyuan Refining Company Berhad melantik semula Erkki Tapio Ranta sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Oktober 2026, menggantikan Luke Yin Lujiang yang menamatkan kontraknya dengan syarikat.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Hengyuan berkata Luke Yin, 55, telah menamatkan semua tugas dan tanggungjawabnya dalam syarikat berkuat kuasa tarikh yang sama.

 

Ranta, 62, bukan nama baharu kepada Hengyuan apabila beliau pernah memegang jawatan CEO syarikat berkenaan dari Mac 2020 hingga Julai 2021.

 

Warganegara Finland itu mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam industri penapisan dan minyak, merangkumi operasi loji, pengeluaran, keselamatan serta pengurusan kilang penapisan.

 

Beliau memulakan kerjaya pada 1990 sebagai jurutera reka bentuk loji di Air-Ix Oy di Finland sebelum menyertai Neste Oil Oyj pada 1991 dan memegang pelbagai jawatan selama lebih dua dekad.

 

Pengalaman luas dalam industri penapisan

Sepanjang berkhidmat dengan Neste Oil, Ranta pernah memegang jawatan pengurus loji, pengurus pengeluaran serta pengarah kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan kualiti (HSEQ).

 

Dalam kapasiti tersebut, beliau mempunyai pengalaman mengawasi operasi kilang penapisan di Finland, Singapura dan Rotterdam yang memberinya pendedahan kepada operasi penapisan di beberapa pasaran.

 

Ranta kemudiannya dilantik sebagai pengarah kilang penapisan di INA Rijeka Refinery di Croatia dari Mei 2015 hingga April 2019 sebelum menyandang jawatan ketua pakar penapisan dan pemasaran (chief expert of refining and marketing) di INA.

 

Selepas tempoh pertama bersama Hengyuan, beliau menjadi pengarah urusan Bayernoil Raffineriegesellschaft mbH dari Ogos 2021 hingga November 2024.

 

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai perunding bebas di Croatia dari November 2024 hingga Ogos 2026 sebelum kembali menerajui Hengyuan. Ranta memiliki ijazah sarjana muda dalam teknologi proses daripada Tampere Institute of Technology. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved