Hensem luar biasa! Peminat puji wajah Fattah Amin mirip Jungkook BTS

LocalEntertainment
11 Oct 2024 • 5:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tidak dapat dinafikan, nama pelakon popular Fattah Amin menjadi bualan hangat ramai susulan berita penceraiannya bersama bekas isteri, Nur Fazura.

Terbaharu, wajah pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu dikatakan mirip seperti penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu Jungkook BTS.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, peminat wanita telah membandingkan wajah Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin dengan penyanyi Korea Selatan itu.

Fattah Amin mirip Jungkook

image is not available

image is not available

Memang ada rupa lah!

Dalam perkongsian itu, perbandingan antara dua selebriti tersebut telah memperlihatkan bapa kepada seorang cahaya mata ini memperlihatkan persamaan paras rupa yang dimiliki mereka.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada yang kata tak sama pun?

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen mendakwa Fattah tidak seiras seperti Jungkook sebaliknya hanya mempunyai ekspresi wajah yang sama.

image is not available image is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Fattah Amin mirip Jungkook

image is not available

Sumber: TikTok @TeamFattah