”Dah Lama Perasan Sebenarnya, Tapi…” - Netizen Approved! Wajah Fattah Amin Dikatakan Seiras BTS Jungkook Versi Malaysia

11 Oct 2024 • 7:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah video yang membuat persamaan dirinya dengan anggota kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS Jungkook.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, ada segelintir netizen menyatakan bahawa wajah Fattah terutamanya pada bahagian matanya menyerupai Jungkook.

Malah ada diantara mereka melabelkan Fattah sebagai Jungkook versi Melayu.

“Betul ke muka Fattah Amin seakan Jungkook BTS,” tulis hantaran di akaun tersebut. 

Bagaimanapun,  ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Antara komen yang ditinggalkan: 

 

image is not available

Sebelum ini, penyanyi Hael Husaini juga pernah dikatakan wajahnya mirip V BTS dan penampilannya menyerupai Cha Eun-woo.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah berjaya meraih 200,40 ribu tontonan dan 23,400 ribu butang suka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved