“Hentak je”- Individu Ini Kongsi Cara Mudah Buka Buluh Lemang, Tak Payah Guna Pisau Pun!

Entertainment
13 Apr 2024 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rendang, sate, lemang, kuah kacang, nasi himpit, wajik dan dodol merupakan antara makanan istimewa yang sering dihidangkan ketika majlis rumah terbuka ketika hari raya.

Namun, mesti ramai antara kita yang mengalami kesulitan untuk membuka buluh lemang. Ada yang guna pisau untuk buka buluh lemang tu tapi cara tersebut agak berbahaya. Kalau salah potong, cedera tangan nanti.

Jangan risau, sebab seorang pengguna X (Twitter) yang dikenali sebagai MerchantofMilan ada berkongsikan cara mudah untuk membuka buluh lemang tanpa menggunakan pisau pun.

Dalam video yang berdurasi selama 36 saat itu, dapat dilihat dia menggunakan lesung batu untuk mengetuk buluh lemang itu di sekeliling bahagian hujungnya

Setelah diketuk, dapat dilihat buluh tersebut telah dapat dibuka dengan mudah.

image is not available

Selain itu, ada juga seorang warganet lain yang turut berkongsikan cara membuka buluh lemang tanpa perlu menggunakan lesung batu kerana dia menekan buluh lemang terbabit dengan tangan.

Setelah itu, buluh tersebut dapat dibuka dengan mudah, cuma cara ini memerlukan tenaga yang kuat la kan. Kalau korang seorang yang tak begitu kuat, cara ni macam susah juga sebab kena guna tekanan.

Korang pula guna kaedah dan alat apa untuk buka buluh lemang?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.