Henti amalan surat sokongan, kronisme bagi lulus pembiayaan usahawan - PM

PoliticsBusiness & Finance
4 Jul 2026 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Henti amalan surat sokongan, kronisme bagi lulus pembiayaan usahawan - PM
Anwar berucap pada Majlis Perasmian SPARK 2026: "Transformasi Niaga" di Pusat Pameran & Konvensyen IOI, pada Sabtu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan menggunakan surat sokongan, hubungan politik dan kronisme dalam meluluskan pembiayaan usahawan mesti dihentikan, kerana perbuatan itu merugikan agensi kerajaan serta menyebabkan banyak perniagaan gagal.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan kerajaan hanya perlu diberikan kepada usahawan yang benar-benar mempunyai komitmen dan keupayaan.

"Kita bicara semua nak popular. Tetapi tidak berani menegur ketempangan yang ada, bukan sedikit.

"Saya tahu ramai tidak senang dengan sergahan saya begini, tetapi ini kenyataannya,” kata beliau ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Ushawan Nasional Bhd (PUNB), di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak dapat menghalang kegagalan perniagaan yang berlaku akibat faktor pasaran, namun tidak akan bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dana awam.

Beliau berkata, terdapat kes penerima bantuan yang hanya menggunakan dana bagi meningkatkan gaya hidup, termasuk berpindah ke pejabat lebih mewah serta membeli kenderaan, sebelum perniagaan akhirnya gagal.

"Dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia. Tetapi ia tidak akan pernah cukup untuk memenuhi ketamakan manusia,” kata beliau. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved