PM Anwar laung amaran! Gesa henti budaya surat sokongan -“Saya tidak peduli…”

LocalPolitics
4 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran supaya amalan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan pembiayaan daripada agensi Bumiputera dihentikan kerana disifatkan antara punca kegagalan syarikat Bumiputera di negara ini.

Pembiayaan seharusnya kepada mereka yang benar-benar layak

Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau menyatakan pembiayaan seharusnya diberikan kepada usahawan yang benar-benar layak dan mempunyai kemampuan untuk mengembangkan perniagaan, bukannya berdasarkan hubungan dengan individu tertentu atau pengaruh politik.

“Saya tidak peduli ketua cawangan ke, ketua bahagian ke, yang berbahagia ke bagi surat apa, saya tak mahu. Saya sudah bagi amaran…ada keupayaan kita bantu.
“Surat sokongan itu sudah lama cara hendak mereputkan agensi Bumiputera seperti kita warisi sejak dahulu.
“Mengapa kita bagi pinjaman? Sebab dia ada kaitan rapat dengan orang tertentu atau surat kuning, hijau dan biru. Ini masalah yang merosakkan kita. Akhirnya kita bantu, perniagaan itu lingkup kerana orang tidak komited,” katanya.

Image from: PM Anwar laung amaran! Gesa henti budaya surat sokongan -“Saya tidak peduli…”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SParK 2026: Transformasi Niaga yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Program bersempena ulang tahun ke-35 PUNB itu menghimpunkan usahawan, tokoh korporat dan pemain industri menerusi pelbagai sesi persidangan, perkongsian ilmu, pameran perniagaan serta aktiviti jualan.

Image from: PM Anwar laung amaran! Gesa henti budaya surat sokongan -“Saya tidak peduli…”

Salah guna pembiayaan diberikan kepada segelintir penerima masa lalu

Dalam pada itu, Anwar turut membangkitkan isu penyalahgunaan pembiayaan yang diberikan kepada segelintir penerima pada masa lalu.

Menurutnya, terdapat laporan yang menunjukkan ada pihak menggunakan dana pembiayaan bukan untuk mengembangkan perniagaan, sebaliknya bagi tujuan lain yang tidak berkaitan.

“Sama juga bila kita tahu ada laporan dulu yang bagi pinjaman kemudian (digunakan) untuk pejabat yang indah, kenderaan dan isteri kedua,” katanya.
“Jadi kegiatannya adalah untuk menjual lesennya dan mendapat komisen. Ia perlu dihentikan. Kita bicara Bumiputera semua nak popular tetapi tidak berani menegur ketempangan yang ada.
“Saya tahu ramai tidak senang dengan sergahan saya begini rupa, tapi ini kenyataan. Berapa puluh bilion yang lingkup dalam penyelarasan saham Bumiputera?” katanya.

Image from: PM Anwar laung amaran! Gesa henti budaya surat sokongan -“Saya tidak peduli…”

Beliau menegaskan bahawa ketempangan dalam sistem perlu ditegur secara terbuka supaya usaha memperkasa ekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Sumber: Harian Metro (Suzalina Halid)

View Original Article

Related News & Content