
BEAUFORT: Pendaftar Pertubuhan Belia (PPB) perlu mengurangkan birokrasi termasuk mempermudahkan permohonan bagi penubuhan Majlis Belia Daerah (MBD) di Sabah.
Pengerusi Tetap Majlis Majlis Belia Sabah (MBS), Mazlan Joehari Manan berkata, ia perlu agar semua persatuan belia di Sabah turut menerima segala peruntukan atau geran tahunan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM).
Menurutnya, berbanding di Semenanjung, Sabah belum mempunyai MDB walaupun pihaknya sudah beberapa kali memohon termasuk menemui individu bertanggungjawab dalam PPB sejak empat tahun lalu.
“Ekoran birokrasi yang berlaku, impian mewujudkan MDB di Sabah belum tercapai walaupun sudah beberapa kali memohon termasuk ulang-alik ke PPB di Semenanjung sejak empat tahun lalu.
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more “Hampir semua daerah di Semenanjung ada MDB, sekaligus menerima peruntukan tahunan dan geran dari KBSM sedangkan Sabah tiada MDB dan ini satu kerugian besar buat persatuan belia kita.
“Peruntukan atau geran tahunan dari KBSM hanya disalurkan melalui MDB masing-masing untuk semua persatuan belia yang berdaftar dengan PPB,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah yang dirasmikan Pembantu Menteri KBS Sabah, Datuk Fairuz Renddan, di sini pada Sabtu.
Mazlan yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah berkata, buntu dengan situasi itu, beliau menyarankan KBS Sabah berbincang dengan KBSM.
Katanya, ia perlu supaya hasrat seluruh golongan muda khususnya persatuan belia untuk turut menerima dana kerajaan persekutuan sebagaimana dinikmati rakan di Semenanjung.
“Saya sarankan KBS Sabah membantu MBS dengan mengadakan perbincangan ‘G to G’ dengan KBSM agar ‘suara’ kita dapat didengar sekaligus merealisasikan MDB di Sabah,” tegasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
