Kerajaan negeri prihatin kepentingan belia: Mazlan

7 Feb 2024 • 2:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kepentingan belia di Sabah melalui pemberian pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) bagi memperkasa pembangunan golongan tersebut.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah (MBS), Mazlan Joehari Manan berkata, usaha itu dapat disaksikan melalui peruntukan Bajet Sabah tahun ini sebanyak RM16.89 juta bagi pelaksanaan Program Pembangunan Kepimpinan Belia.

“Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga meneruskan peruntukan untuk Program Skim Kejayaan Usahawan Belia Sabah (Syabas) dan program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) melalui KBSS.

“Malah turut menyediakan RM44 juta untuk pelaksanaan 10 inisiatif bagi membantu belia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta dan awam,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MBS yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, di sini.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Hajiji diwakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya pada majlis yang turut dihadiri Menteri KBSS, Datuk Ellron Alfred Angin, di sini, Ahad lepas.

Mazlan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri berkata, MBS pada tahun lepas berjaya melaksanakan 500 program dengan penglibatan kira-kira 200,000 belia.

Katanya, kejayaan pelaksanaan semua program itu adalah hasil sokongan dan sinergi bersama 17 badan gabungan MBS, KBSS, JBS, agensi-agensi kerajaan dan sektor korporat.

Dalam pada itu, Mazlan menggesa kerajaan negeri supaya MBS dilibatkan secara langsung dalam memberi input dan maklumat sebelum Enakmen Belia Sabah (EBS) dilaksanakan.

Beliau berkata, MBS sehingga hari ini masih belum dapat gambaran jelas mengenai status pengwujudan EBS dan berharap Enakmen itu segera diwujudkan.

Menurutnya, EBS perlu diwujudkan sebelum pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 pada 1 Januari, 2026 oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kepimpinan MBS dan badan gabungan MBS mengambil ketetapan bahawa penurunan had umur belia kepada 30 tahun belum lagi sesuai untuk dilaksanakan di Sabah.

“Kerajaan negeri dan MBS perlu ada garis masa dan program lebih sesuai untuk menyediakan belia-belia Sabah membarisi kepimpinan MBS dan pertubuhan-pertubuhan belia yang ada pada hari ini,” tegasnya.

Terdahulu, seramai 37 individu dari beberapa badan belia seluruh Sabah dan MBS menerima anugerah khas disampaikan Shahelmey di majlis tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.