Henti sementara pengambilan pekerja asing

5 Aug 2022 • 11:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Permohonan pengambilan pekerja warga asing akan dihentikan buat sementara waktu untuk tempoh mulai 15 hingga 31 Ogos. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan langkah itu dibuat bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja warga asing susulan pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan mula berkuat kuasa pada 1 September. Menurut kementerian itu, tatacara baharu permohonan pengambilan pekerja warga asing mulai 1 September akan dimaklumkan dalam masa terdekat. "Semua permohonan yang dikemukakan oleh majikan sebelum atau pada 14 Ogos akan diproses dan diselesaikan sebelum atau pada 31 Ogos," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved