‘Henti spekulasi isu beras, perlu agresif pantau dan cari solusi’

26 Sep 2023 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang kekurangan beras tempatan, dan pihak kerajaan untuk lebih pantas dalam tindakan mencari solusi masalah bekalan.

Presidennya David Chan berkata, mereka tidak seharusnya mencetuskan amaran palsu yang menyebabkan orang ramai panik dan tergesa-gesa ke pasar raya membeli beras tambahan.

“Pengguna akan berebut-rebut membeli beras untuk menyimpan stok di rumah.

“Ini akan menyebabkan permintaan beras semakin tinggi dan akhirnya masalah lebih parah akan berterusan, ditambah dengan kuasa media sosial dan kuasa menularkan setiap isu lebih pantas,” katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Jelas David, persatuannya akan sentiasa memperjuangkan segala isu yang penting untuk pengguna termasuk isu kekurangan beras tempatan, bahkan hampir habis di pasaran tempatan dan memberi tekanan kepada rakyat.

“Beras adalah makanan ruji kita dan isu kekurangan beras tempatan, peningkatan harga beras import dan isu lain dialami oleh pengguna di luar sana.

“Kami kerap meneliti pasar raya dan kedai runcit untuk melihat sendiri masalah bekalan dan sememangnya ia amat mengecewakan.

“Hal ini perlu dipandang amat serius dan solusi pantas mesti dibuat dengan kadar segera oleh pihak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu lebih aktif dan lebih kerap memantau isu kekurangan beras di bawah Akta Keselamatan Makanan.

“Masalah ini adalah antara yang terburuk dalam sejarah yang dialami rakyat kita, bukan hanya di Sabah, bahkan seluruh negara.

“Oleh itu kami menggesa kerajaan untuk melabur dalam penanaman padi tempatan bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, meskipun kenaikan harga beras hanya melibatkan beras putih import, rata-rata pengguna percaya ini tetap membebankan rakyat.

“Apa sahaja kenaikan harga barang, tetap memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain dan kos sara hidup keluarga juga meningkat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Persatuan turut mengalu-alukan inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta.

“Kita tahu program seumpama ini menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

“Kita perlu lebih banyak usaha dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat dan pengguna kita.

“Program ini wajar diadakan secara berterusan kerana pengguna kita amat memerlukannya,” ujarnya.

David menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

“Inisiatif begini perlu berterusan, dipertingkatkan dan dikaji segala aspek penambahbaikan yang bermanfaat untuk rakyat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.