
PUTRAJAYA - Perdana Menteri memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi dalam sektor pendidikan kepada golongan kaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perkara itu antara perkara utama dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan.
"Anak- anak golongan paling kaya ke sekolah menengah sains yang dibantu dengan subsidi tinggi kerajaan, harus dihentikan.
"Ini saya saya beri hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan jika negara benar- benar mahu adil harus diberikan termasuk kepada golongan rentan," katanya ketika berucap di Simposium Kebangsaan 2024: Menokhtahkan Kemiskinan di sini pada Isnin.
AKAN MENYUSUL

