Henti Tular Berita Palsu, Jabatan Kesihatan Pahang Sahkan Tiada Penularan Baru Batuk Kokol

Entertainment
22 Aug 2023 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Baru-baru ini, tular beberapa informasi yang menyatakan terdapat penularan batuk kokol di Rompin, Pahang.

Pun begitu, Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan tiada penularan wabak itu seperti yang tular dalam media sosial terutamanya WhatsApp.

Pengarah jabatan tersebut, Datuk Dr. Nor Azmi Yunus berkata sehingga kini 507 penduduk termasuk kontak rapat di empat kampung di sekitar Kampung Bahagia, Rompin tempat wabak itu dikesan sudah disaring.

image is not available

Dalam laporan Buletin TV3, difahamkan data itu diambil hasil saringan sejak kes pertama dilaporkan 13 Ogos lalu sehingga hari ini, dan pemantauan berterusan akan dilakukan selama tempoh 14 hari sehingga 27 Ogos.

“Pemantauan berterusan dilakukan dan hingga kini keadaan masih terkawal dan tiada penularan baharu serta masyarakat tidak perlu bimbang dengan wabak itu.

Justeru orang ramai tidak perlu membuat sebarang spekulasi wabak itu menular di Rompin dan daerah itu tidak selamat dikunjungi kerana perkara itu tidak benar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan wabak itu menular di daerah berkenaan.

Jika tiada kes baharu dikesan, penularan wabak itu akan diklasifikasikan sebagai berakhir.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.