Hentikan buli siber! Fattah Amin, Amira Othman jumpa Fahmi Fadzil, sokong kempen Internet Selamat

LocalEntertainment
18 Mar 2026 • 9:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan isteri, Amira Othman menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasakan kempen keselamatan internet dalam kalangan masyarakat.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin,35, memaklumkan dia dan isteri berpeluang mengadakan kunjungan ke Pejabat Menteri Komunikasi bertemu menteri di kementerian itu, Datuk Fahmi Fadzil.

image is not available

Fattah berkata, kunjungan mereka adalah bagi menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasakan Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan oleh Menteri Komunikasi itu sendiri.

“Pertemuan ini amat bermakna buat saya dan isteri. Ia bukan sekadar mewakili kami berdua, tetapi juga sebagai tanda komitmen untuk bersama-sama dengan industri hiburan tanah air, anak-anak seni tempatan serta rakan-rakan pempengaruh di media sosial,”katanya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Tambah Fattah, ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan etika di ruang digital.

Artikel lain: Fattah Amin, Amira Othman kesal dikecam haters – “Tak suka tapi stalk kita, kau kenapa nyah?”

Tegasnya, setiap individu mempunyai tanggungjawab membina internet lebih selamat.

“Sebagai individu yang juga berdepan realiti dunia media sosial hari ini, saya percaya sudah tiba masanya kita semua memainkan peranan untuk menjadikan internet sebagai ruang yang lebih selamat, beradab dan penuh empati,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak menggunakan internet dengan bijak dan menolak sebarang bentuk buli siber.

image is not available

image is not available

“Mari kita sama-sama mengingatkan diri kita, Internet harus digunakan dengan selamat. Hapus Cyber Bully!” tegasnya.

Sumber: Instagram Fattah Amin