Hentikan drama normalisasi hubungan songsang - Ustaz Wadi Annuar

LocalOpinion
2 Sep 2026 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hentikan drama normalisasi hubungan songsang - Ustaz Wadi Annuar
Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menyeru agar penayangan drama yang didakwa menormalisasikan hubungan songsang dihentikan.

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menyeru agar penayangan drama yang didakwa menormalisasikan hubungan songsang dihentikan.

Menurut beliau, kandungan sedemikian dikhuatiri memberi pengaruh terhadap pemikiran generasi akan datang sehingga perkara yang dilarang dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang biasa.

"Berhentilah menayangkan drama yang menormalisasikan hubungan songsang.

"Jangan racuni pemikiran generasi akan datang sehingga perkara yang ALLAH larang dianggap biasa," katanya menerusi hantaran di Threads pada Rabu.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan, pihaknya menolak penayangan drama 'Madu atau Racun' yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Beliau menegaskan, pihaknya turut kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

Malah Zulkifli menjelaskan, prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni berkenaan.

Susulan itu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), akan mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan platform penstriman iQIYI bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama tersebut yang mencetuskan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dijangka mengambil bahagian dalam pertemuan berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved