'Hera Pheri 3': Ini Sebab Kenapa Varun Dhawan Tak Mahu Gantikan Tempat Akshay Kumar Sebagai Raju 

Movie
2 Dec 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Varun Dhawan, Akshay Kumar, dan Kartik Aaryan - Gambar Instagram masing-masing

Pemilihan Kartik Aaryan menggantikan tempat Akshay Kumar sebagai Raju dalam filem Hera Pheri 3 telah mengecewakan ramai peminat. 

Bahkan, sepertimana Suniel Shetty, mereka juga terkejut apabila Akshay Kumar dilaporkan menolak tawaran untuk membintangi filem francais komedi popular yang ‘pecah panggung’ itu. 

Terkini, Bollywood Hungama melaporkan bahawa Kartik bukanlah pilihan pertama untuk menggantikan tempat Akshay, sebaliknya Varun Dhawan. 

image is not available
Kartik Aaryan

Namun, Varun Dhawan telah menolak tawaran untuk membawakan watak Raju yang cukup sinonim dengan Akshay Kumar dalam sekuel filem komedi terbaharu itu. 

Menurut laporan itu lagi, Varun telah didatangi sendiri oleh Anand Pandit dan Fariz Nadiadwala untuk menawarkan watak Raju dalam Hera Pheri 3

Kedua-dua produser itu benar-benar mahukan Varun membawakan watak Raju kerana ketepatannya menguasai tempo komedi.  

image is not available
Akshay Kumar

Namun, Varun menolak atas dasar menghormati Akshay Kumar yang telah bertanggungjawab menaikkan Hera Pheri sebagai franchise filem pecah panggung. 

Bahkan, Anand Pandit dan Fariz Nadiadwala juga meminta David Dhawan (bapa Varun) untuk mengarahkan filem itu bersama anak sulungnya, Rohit Dhawan (abang Varun). 

image is not available
Varun Dhawan

“Varun sangat menghormati Akshay Kumar dan tidak mahu menggunakan perselisihan faham yang tercetus di antara Akshay dengan Firoz untuk memanjat tangga populariti.

“Bahkan, bapanya, David juga merasai perkara yang sama dan menolak untuk mengarah filem itu,” kata satu sumber.

Atas sebab itu, produser-produser Hera Pheri 3 sedang mencari pengarah yang sesuai selepas membawa masuk Kartik Aaryan di dalam projek filem ini. Namun, ada ura-ura mengatakan bahawa Anees Bazmee akan memikul tanggungjawab sebagai pengarah.  – Getaran, 2 Disember 2022