“Hero sebenar” – Netizen Puji Pekerja Alam Flora, Kutip Anggaran 3.06 Tan Sampah Pada Malam Tahun Baru

Entertainment
2 Jan 2024 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sikap rakyat Malaysia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat masih tak berubah walaupun dah masuk tahun 2024.

Hal ini dibuktikan menerusi satu video TikTok daripada Alam Flora yang memaparkan kegigihan pekerja mereka dalam mengutip sampah-sampah di atas jalan raya dekat kawasan Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

Anggaran kutip 3.06 tan sampah terkumpul pada malam tahun baru

Menerusi video berkenaan, dipaparkan pekerja-pekerja dari Alam Flora ini mengutip sampah sarap di sekitar jalan raya dan menyorong beberapa tong sampah hijau untuk mengumpul sampah-sampah berkenaan.

Ada di antaranya bertugas menggunakan waterjet dan penyapu sampah dalam membersihkan jalan besar di Dataran Merdeka.

Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi dilaporkan bertugas seawal jam 12 tengah malam dan Alam Flora menganggarkan sebanyak 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru itu.

@alamflorasdnbhd

Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru di kawasan Kuala Lumpur semalam. Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam 12 tengah malam. Kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja pembersihan ialah KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. #JomRawatBumi #AlamFlora #PembersihanTahunBaru2024 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda

♬ 오리지널 사운드 – minlee 민리

“Kamu semua adalah hero sebenar”

Video berkenaan telah menerima komen positif dari netizen yang memuji pekerja-pekerja Alam Flora yang gigih melakukan pekerjaan walaupun sudah lewat malam.

Malah ramai juga menegur sikap pengunjung malam ambang tahun baru yang tidak menjaga kebersihan setempat, malah sikap ini tidak berubah pada setiap tahun.

image is not available

Dah tahun baru ini harap-harap kita amalkanlah sikap buang sampah di tong sampah. Semoga ia menjadi teladan buat semua.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.