‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

31 Jul 2022 • 2:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wah, Gamer wanita pertama Sarawak ke luar negara tu!

‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi Di Sukan Komanwel Birmingham. ‘Gamer’ yang berasal dari Sibu ini bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam pertandingan e-sport di Sukan Komanwel di Birmingham, England dari 1 hingga 8 Ogos ini.

Nadrah juga berhasrat untuk menjadi ‘gamer’ wanita pertama dari Sarawak untuk memenangi pingat dalam sukan e-sport Dota 2 kategori wanita.

image is not available
Heroin E-sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

Anak gadis Sarawak pertama yang dipilih untuk mewakili pasukan e-sport negara

Gadis berusia 25 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Nada’ itu merupakan anak jati Sarawak yang pertama yang telah dipilih mewakili pasukan e-sport negara.

Menurutnya, beliau tidak sabar untuk membuat satu kejayaan besar kerana ini adalah kejohanan utama pertama beliau setakat ini.

Sebelum ini, beliau pernah menyertai kejohanan mini e-sports yang dianjurkan secara dalam talian.

Menurut Nadrah, kapten pasukan Stephanie ‘Aurora’ Lim Yuen Lii menghubunginya secara peribadi untuk menyertai pasukan e-sport negara setelah disyorkan oleh rakan-rakannya.

Pasukan e-sport negara ini juga turut dianggotai oleh Be e ‘Istarx’ Chia Hoi Ping, ‘HG’ Wong Wei Sian dan ‘Shizuma’ Tan Lyn Xhin.

image is not available
Kredit Foto: Borneo Post Online

Akan berusaha yang terbaiknya untuk mendapatkan emas

Mereka menyasarkan untuk menamatkan podium tetapi dalam masa yang sama akan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan emas dalam sukan tersebut.

Nadrah kini sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Pengurusan Teknologi di Universiti Teknologi Sarawak di Sibu.

Beliau mula bermain sukan e-sport selepas menonton kejohanan dunia esport tahunan untuk Dota 2 pada 2016.

Tambahnya, rakan beliau telah menunjukkan kepada beliau siaran langsung perlawanan antara Wings Gaming dan Digital Chaos dan beliau tertarik dengan cara permainan itu dimainkan.

Kenali juga Ibnuqaldoon, atlet dari Gedong yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA Hanoi acara E-Sport. 

Lagi di sini: