Ngeri, Perlumbaan Terpaksa Dihentikan Selepas Pelumba Terbabas & Terpelanting Ke Tempat Penonton

1 Aug 2022 • 12:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ngeri, Perlumbaan Terpaksa Dihentikan Selepas Pelumba Terbabas & Terpelanting Ke Tempat Penonton

Acara basikal trek di Sukan Komanwel Birmingham terpaksa dihentikan seketika selepas berlakunya kemalangan ngeri membabitkan beberapa orang pelumba pada saringan kedua kelayakan scratch 15km lelaki.

Memetik laporan Daily Mail, terdapat beberapa pelumba yang terpelanting sehingga ke tempat duduk penyokong dan mengalami kecederaan.

image is not available
Gambar Via Daily Mail

Pelumba dari England, Matt Walls dilaporkan telah menerima rawatan selama lebih 40 minit sebelum dibawa pergi dengan ambulans, manakala rakan pelumbanya Matt Bostock pula dilihat turut diusung keluar.

Pihak British Cycling mengesahkan bahawa Walls dan Bostock telah dibawa ke hospital.

image is not available
Gambar Via Daily Mail

Dalam pada itu, beberapa orang penonton juga turut mengalami kecederaan selepas Walls dan basikalnya terpelanting ke bahagian atas penghadang ketika berada di selekoh tinggi.

Mereka semua telah dirawat oleh paramedik dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

image is not available
Gambar Via Daily Mail

Berikutan perlanggaran itu, baki sesi perlumbaan di velodrom itu dihentikan seketika dan hanya satu perlumbaan pecut perlu dilakukan sebelum rehat.

Sumber: Daily Mail

View Original Article