Herpes Gladiatorum

Health & Fitness
25 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Herpes Gladiatorum
Gambar: Public Health M'sia

Suami balik dari gym. Masa tukar baju, isteri ternampak sekumpulan lepuh kecil kemerahan pada bahagian lengan.

“Abang, ni apa?”

Bila dengar perkataan herpes, memang mudah kepala pergi jauh.

Tapi jangan terus buat kesimpulan.

Ini boleh jadi herpes gladiatorum, jangkitan kulit yang biasanya disebabkan oleh Herpes Simplex Virus, paling kerap HSV-1.

Ia dikenali dalam kalangan mereka yang melakukan aktiviti dengan banyak sentuhan kulit seperti wrestling, Brazilian jiu-jitsu, rugby atau sukan kontak lain.

Virus boleh merebak apabila kulit bersentuhan terus dengan kawasan yang dijangkiti, terutama ketika terdapat lepuh atau luka aktif.

Ia boleh bermula dengan rasa pedih, gatal atau seperti terbakar sebelum muncul kumpulan lepuh kecil berisi cecair. Ada juga yang mengalami demam, sakit badan atau kelenjar bengkak pada jangkitan pertama.

Dan satu perkara penting.

Herpes gladiatorum bukan bermaksud seseorang itu mendapat herpes melalui hubungan seksual.

Lokasi dan cara jangkitan boleh berbeza.

Jika nampak ruam seperti ini selepas aktiviti sukan kontak, jangan picit atau pecahkan lepuh. Elakkan sentuhan kulit dengan orang lain, jangan berkongsi tuala atau alat peribadi dan tangguhkan aktiviti sukan kontak sehingga dinilai doktor.

Rawatan antiviral seperti acyclovir atau valacyclovir mungkin diberikan jika sesuai, terutama jika rawatan dimulakan awal.

Jadi kalau pasangan balik gym dengan ruam pelik, jangan terus buka sesi soal siasat.

Bawa jumpa doktor dulu.

Kadang-kadang memang herpes.

Cuma bukan herpes yang anda sedang fikirkan.

Tetapi

Kalau betul herpes,

Lepuh boleh kering. Ruam boleh hilang.

Cuma, virus itu kekal dalam sistem saraf sepanjang hayat dan boleh aktif semula pada masa akan datang.

Herpes boleh senyap.

Ia tidak benar-benar pergi.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved