Hexza terbit 5.23 juta saham melalui pelan pelaburan semula dividen

LocalBusiness & Finance
7 Jan 2026 • 5:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hexza terbit 5.23 juta saham melalui pelan pelaburan semula dividen image is not available haziq07/01/2026 - 17:40 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Jan – Hexza Corporation Berhad akan menerbitkan sebanyak 5,225,521 saham melalui Pelan Pelaburan Semula Dividen (DRP) yang terpakai bagi dividen akhir bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Hexza berkata penerbitan saham tersebut dibuat susulan penerimaan borang pelaburan semula dividen yang sah oleh Pendaftar Saham berdasarkan DRP pertama syarikat.

 

Menurut kenyataan itu, jumlah saham pelaburan semula dividen yang akan diterbitkan mewakili kira-kira 39.39% daripada jumlah keseluruhan saham yang berpotensi diterbitkan sekiranya semua pemegang saham yang layak memilih untuk melabur semula sepenuhnya bahagian dividen akhir 2025 mereka.

 

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, UOB Kay Hian memaklumkan Hexza akan menerbitkan 5,225,521 saham pelaburan semula dividen di bawah DRP pertama,” menurut pemakluman tersebut.

 

Tertakluk kepada tiada sebarang keadaan luar jangka, saham-saham berkenaan dijangka disenaraikan dan disebut harga di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 12 Januari 2026.

 

Selepas penyenaraian dan sebut harga saham pelaburan semula dividen itu, modal saham terbitan dan berbayar Hexza akan meningkat kepada 205,605,557 saham.

 

Pelaksanaan DRP itu memberi fleksibiliti kepada pemegang saham untuk menukar dividen tunai kepada saham baharu, selain menyokong pengukuhan struktur modal syarikat untuk pertumbuhan jangka panjang. - DagangNews.com

Terkini standard