Hey Hey Cafe, Port Nikmati American Breakfast Di Kuching

29 Feb 2024 • 11:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selain sarapan pagi, anda boleh menikmati lunch dan dinner anda di sini juga!

Mengidam American Breakfast? Anda Boleh Cuba Hey! Hey! Cafe Di Kuching. Sekiranya anda sedang mencari port baru untuk menikmati sarapan pagi ala-ala American, anda boleh mencuba makanan yang dihidangkan di Hey! Hey! Cafe!

Kafe ini mengkhusus dalam menghidangkan sarapan pagi ala barat yang memang menjadi kegemaran ramai orang. Antara menu sarapan popular di sini ialah pancake, waffle, omelette, hash brown, sosej dan banyak lagi. Secara kasarnya, anda boleh menikmati hampir kesemua hidangan sarapan buffet hotel lima bintang!

image is not available
Mengidam American Breakfast? Anda Boleh Cuba Hey! Hey! Cafe Di Kuching

American breakfast yang menyelerakan

Bagi mereka yang suka makan makanan western terutamanya untuk sarapan, kafe ini menawarkan hidangan American breakfast yang menyelerakan.

Selain American breakfast, terdapat juga makanan lain yang dihidangkan seperti roti bakar, mi goreng, nasi ayam, burger dan sebagainya!

image is not available
Kredit foto: FB John Ng

image is not available
Kredit foto: FB Shahidan Edan

Nak layan makanan pedas?

Peminat makanan pedas turut boleh menikmati Spicy Korean BBQ Crunchy Chicken Rice mereka, yang dikatakan boleh tahan pedas!

Jika anda ingin menyahut cabaran untuk cuba makan Spicy Korean BBQ Crunchy.

image is not available
Kredit foto: FB Hey! Hey! Cafe

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke kafe ini, berikut adalah masa operasi mereka:

HEY! HEY! CAFE

Lokasi: Batu 7, sebelah MR DIY
Masa operasi: Buka setiap hari, 8AM – 8PM

Baca lagi artikel menarik: