“Hi Cinta, Buat Apa Cinta Hatiku..” – Lembut Berbicara, Ameera Khan Lebih Tertarik Dengan Lelaki Indonesia

LocalEntertainment
22 Oct 2024 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan memaklumkan dirinya masih belum mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana jejaka.

Masih belum bercinta, kenal ramai lelaki

Difahamkan dari laporan Gempak, Ameera yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial itu telah berkawan dengan ramai lelaki sebelum menjadikan mereka sebagai pasangannnya dan perkara ini dikongsikan melalui TikTok.

Sudah tentu, saya masih muda. saya baru 23 tahun. Saya tak boleh hanya jumpa seorang lelaki dan terus ‘he is the one’. Tidak, anda kena jumpa beberapa lelaki dan okay, yang ini ada potensi, yang ini boleh jadi kawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Lelaki Indonesia lebih lembut, buat Ameera ‘cair’

Dalam pada masa yang sama, gadis terbabit mendedahkan lelaki berasal dari Indonesia mempunyai personaliti yang lebih lembut apabila berbicara dan itu membuatkan dirinya lebih tertarik.

Kalau Malaysia, dari pengalaman saya, saya tak bercakap secara umum, dari pengalaman saya. Bila mereka penyayang, melindungi dan semuanya, jadi toksik. Tapi Indonesia best.

Bahkan, Ameera berkata dirinya ‘cair’ apabila jejaka asal Indonesia memanggilnya dengan panggilan ‘cinta’.

Saya tak tahu, mereka sangat menghormati, sangat penyayang… sebagai contoh, bercinta dengan Malaysia sweet juga ‘my love, baby, sayang’. Tapi kalau Indonesia, mereka macam ‘hi cinta, buat apa cinta hatiku’.

image is not available 3 months ago

"Saya Ada Boyfriend, Dia Di London" - Dituduh Bercuti Di Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan Tak Diam Diri