
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.
Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman yang mana pihaknya mendapat pengesahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), semalam mengenai kelayakan Hidalgo.
Beliau menjelaskan Hidalgo kini boleh dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan dan bakal memperkuatkan Harimau Malaya bagi kempen Piala ASEAN FIFA, hujung bulan ini.
Beliau bagaimanapun berkata, seorang lagi pemain naturalisasi dari JDT, Shane Lowry masih belum mendapat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia itu.
“Mengenai Hidalgo kami baru dapat (surat kelulusan) dari FIFA, semalam. Senarai nama pemain Malaysia akan dikeluarkan dalam masa terdekat, berkemungkinan esok,” katanya pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa FAM, di Petaling Jaya hari ini. – MEDIA MULIA
The post Hidalgo ‘lulus’ wakili Harimau Malaya appeared first on Kosmo Online.






