Sihat Dan Lazat, Anda Perlu Cuba Sajian Menarik Di Avocbar Miri Dan Kuching Ini

30 Apr 2023 • 2:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan sihat dan lazat di Miri dan Kuching.

Sihat Dan Lazat, Anda Perlu Cuba Sajian Menarik Di Avocbar Miri Dan Kuching Ini. Makanan sihat tidak semestinya tak sedap. Avocbar merupakan restoran milik anak Sarawak yang menyajikan makanan sihat dan lazat berasaskan buah berkhasiat Avocado!

Mempunyai banyak khasiat dan merupakan makanan yang unggul, Avocado memiliki nutrien tinggi, memiliki pelbagai khasiat serta sajian yang baik buat yang ingin mengurangkan berat badan.

image is not available
Sihat Dan Lazat, Anda Perlu Cuba Sajian Menarik Di Avocbar Miri Dan Kuching Ini. Sumber foto: I Love Borneo

Menu menarik yang disediakan di sini

Di sini, menu yang berasaskan Avocado menjadi sajian istimewa yang disediakan oleh Avocbar. Antara menu menarik yang ditawarkan di sini adalah Avocbar Signature Salad, Signature Avocado Fried Rice, Shirataki Noodle Prawn with Avocado Sauce, Beef Bacon Pasta with Avocado Sauce, Oatmeal Avocado dan banyak lagi.

Selain daripada menu yang berasaskan buah Avocado, di sini juga ada menyediakan menu lain seperti Cauliflower Fried Rice, Premium Tamago Chicken, Crossant, English Muffin dan banyak lagi. Minuman di sini juga pelbagai jadi anda boleh pilih minuman yang paling sesuai untuk anda.

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

Lokasi Avocbar

Mempunyai 3 cawangan di Kuching (Saradise, Brighton Square dan Northbank TT3) dan 1 cawangan di Miri (Marina Squares), Avocbar merupakan restoran makanan sihat yang amat menyelerakan.

Tunggu apa lagi, kalau anda ingin menikmati hidangan sihat dan lazat, anda boleh singgah di Avocbar sekarang!

Lagi tempat makan menarik di Kuching untuk anda di sini: