Hidang Lebih 66 Jenis Kek Lapis, Rumah Terbuka Di Kampung Melayu Engkilili Ini Tarik Perhatian Netizen

14 May 2023 • 3:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ni baru raya!

Hidang Lebih 66 Jenis Kek Lapis, Rumah Terbuka Di Kampung Melayu Engkilili Ini Tarik Perhatian Netizen. Di Malaysia, majlis rumah terbuka telah menjadi salah satu tradisi yang amat ditunggu-tunggu setiap kali musim perayaan termasuk di Sarawak.

Setiap negeri pasti mempunyai ‘signature dish’ yang akan dihidangkan semasa majlis rumah terbuka itu. Ini yang menjadikan majlis tersebut lebih meriah dan menarik!

image is not available
Hidang Lebih 66 Jenis Kek Lapis, Rumah Terbuka Di Kampung Melayu Engkilili Ini Tarik Perhatian Netizen. Kredit: Sarawak Edition

Begitu juga yang berlaku di sebuah kampung di Sarawak. Baru-baru ini, pihak Sarawak Edition ada berkongsikan kemeriahan sambutan majlis ramah tamah aidilfitri yang diadakan di Kampung Melayu Engkilili, Sarawak.

Tradisi ini hanya di Kampung Melayu Engkilili Sarawak!

Selain menghidangkan menu-menu sinonim dengan hari raya seperti rendang, ketupat lemang dan sebagainya, sambutan ramah tamah di Kampung tersebut dikatakan unik dengan satu tradisi yang hanya ada di kampung itu.

image is not available

Antaranya ialah tetamu yang hadir ke ramah tamah aidilfitri di Kampung Melayu Engkilili ini dihidangkan dengan lebih 66 jenis kek lapis yang disumbangkan oleh penduduk sekitar kampung itu.

Menariknya, kek lapis tersebut dihiasi dalam bekas yang berenda-renda buatan tangan! Masing-masing dilihat tidak melepaskan peluang ini dengan menunjukkan kehebatan seni masing-masing!

image is not available

Daripada kek kukus sehinggakan ke kek yang dibakar dengan menggunakan oven, semuanya ada di sini!

Tetamu boleh pilih mana-mana kek yang disuka.

Kek-kek tersebut dihidangkan sebaris di atas meja dan tetamu boleh menikmati mana-mana kek yang diidamkan.

Difahamkan, semua lapisan masyarakat tidak mengira agama dijemput sekali memeriahkan majlis ramah tamah tersebut.

Baca lagi artikel menarik: