Kongsi Kisah Kek Raya Tuan Rumah ‘Berkulat’ Di Laman Sosial, Netizen Tegur Tiktoker Sarawak Ini

30 Apr 2023 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Datang sebagai orang buta, pulang sebagai orang bisu’ Itulah adab sebagai tetamu yang perlu diamalkan bila bertandang ke rumah orang – Netizen

Kongsi Kisah Kek Raya Tuan Rumah ‘Berkulat’ Di Laman Sosial, Netizen Tegur Tiktoker Sarawak Ini. Kini, menjelang Hari Raya Aidilfitri, laman sosial kembali menjadi tempat berkongsi cerita berjumpa saudara atau kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa.

Ada juga yang berkongsi pelbagai kek lapis di atas meja yang dihidangkan kepada tetamu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

‘Kesian tuan rumah tu.. Barangkali dia tak sengaja’ -Netizen

Namun, baru-baru ini kecoh di kalangan netizen Sarawak apabila Tiktoker ini kongsi kisah mereka ketika menziarahi rumah kenalannya ini menjadi perhatian dan tular di laman sosial.

Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh tiktoker berkenaan, mereka berkongsi kisah tentang kek lapis Sarawak yang dihidangkan kepada mereka berdua terdapat kulat.

image is not available

Netizen tegur sikap Tiktoker tersebut

Kongsian video tersebut kemudian menjadi viral di laman sosial dan memancing pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengambil ia sebagai bahan jenaka dan ada juga yang menganggapnya sebagai tindakan tidak beradab sebagai tetamu.

Ramai netizen menegur sikap Tiktoker tersebut yang tidak hormat dengan tuan rumah. Ada juga yang terselit nasihat kepada mereka yang hidang kek lapis hendaklah disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan kek tersebut rosak.

image is not available

*Walau bagaimanapun, kongsian video tersebut sempat dipadam pemilik akaun setelah artikel ini diterbitkan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: