Hidang Makanan Dalam Besen, Ibu Bapa Berang Lihat Jamuan Raya Sekolah ‘Ala Kadar’

Entertainment
22 May 2023 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri, sepanjang bulan Syawal ini banyak open house mahupun jamuan raya yang diadakan termasuklah di institusi seperti sekolah dan sebagainya.

Ia adalah masa di mana para pelajar serta guru bergaul mesra dan merasa pelbagai juadah hari raya yang disediakan secara potluck ataupun ditempah khas oleh pihak sekolah.

Minta bayar RM5 seorang tapi hidang makanan atas besen?

Pun begitu, baru-baru ini tular di Instagram @/mynewshub yang memaparkan sebuah perbualan WhatsApp antara ibu bapa dan guru besar yang tidak berpuas hati dengan jamuan raya yang diadakan oleh sebuah sekolah.

image is not available

Menurut posting tersebut, setiap pelajar telah diminta untuk membayar RM5 seorang untuk jamuan berkenaan namun cara makanan tersebut dihidang menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa.

Menerusi gambar dapat dilihat makanan seperti spagheti, kuah dan sebagainya dihidang di dalam besen yang mana ibu bapa menyifatkan ia sebagai ‘tak proper’.

image is not available

image is not available

“Cikgu-cikgu sekolah tak bersalah dalam hal ini”

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang bersetuju dengan pendapat ibu bapa yang merasakan makanan tidak sesuai dihidang di atas besen.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat dengan bayaran RM5, ibu bapa tidak patut mengharapkan lebih-lebih memandangkan itu sahaja bajet yang mereka ada.

image is not available

Pun begitu, ada beberapa individu yang mendakwa orang terdekat dengan sekolah dan pelajar mengatakan perkara ini berlaku atas faktor dalaman seperti sikap guru besar itu sendiri.

image is not available

Apa-apapun admin rasa pihak yang terlibat selesaikanlah isu ini dengan baik dan diharapkan perkara yang sama tidak berulang kemudian hari. Kesian juga makan dalam besen tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.