Hidang Menu Mi Segera Di Majlis Perkahwinan Untuk Tetamu Undangan

Food
31 Dec 2023 • 3:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
hidang menu mi segera

Setiap orang pasti boleh mengagak menu majlis perkahwinan yang kerap disajikan pihak pengantin kepada para tetamu. Tetapi, berbeza dengan satu majlis perkahwinan di Jakarta Indonesia apabila hidang menu mi segera untuk tetamu undangan yang hadir.

Menu lain daripada yang lain

Video majlis perkahwinan tersebut tular di aplikasi TikTok apabila pemilik lokasi majlis berkenaan memuat naik rakaman menu yang dihidangkan sewaktu acara perkahwinan itu berlangsung.

Hidang menu mi segera, topping sayur, telur, bakso

Dapat dilihat bungkusan mi segera Indomie beraneka perisa dihidangkan diatas meja dan tetamu bebas memilih jenis yang mereka suka sebelum dimasak oleh mereka yang ditugaskan di sana.

Ada juga beberapa rencah tambahan seperti sayur-sayuran, telur dan bebola bakso disediakan bagi menambah rasa mi segera yang bakal mereka nikmati.

image is not available

Hidang menu mi segera cuma food stall

Memetik laporan dari detikbali, pemilik kepada lokasi tersebut memaklumkan yang menu berkenaan adalah salah satu menu baru di food stall majlis perkahwinan.

Ujarnya, pihak pengantin telah bersetuju untuk menghidangkan menu tambahan dengan 100 pack mi segera untuk para tetamu yang hadir.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan konsep menu dalam acara terbabit dan ada juga yang mahu meniru perkara itu dengan menghidangkan mi segera untuk tetamu jika berkahwin nanti.