Khalish79Seafood Telaga Air, Hidang Lebih 30 Menu Makanan Laut Buat Pencinta Seafood

29 Dec 2023 • 1:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syurga makanan di Telaga Air

Khalish79Seafood Telaga Air, Hidang Lebih 30 Menu Makanan Laut Buat Pencinta Seafood. Telaga Air sangat terkenal sebagai port untuk mencari stok makanan laut yang segar dan murah. Sesuai dengan kedudukan geografinya yang terletak berhampiran sungai, juadah utama yang sering menjadi buruan pengunjung ke sini semestinya makanan laut.

image is not available
Khalish79Seafood Telaga Air, Hidang Lebih 30 Menu Makanan Laut Buat Pencinta Seafood. Sumber: Khalish79Seafood

Di sini, anda boleh dapatkan sama ada stok makanan laut yang mentah atau pun makanan laut yang telah pun dimasak segar di restoran sekitar Telaga Air.

Sebut sahaja sama ada anda mahu menikmati makanan laut secara ala carte, buffet atau pun shell-out semuanya ada di sini.

Hidang pelbagai menu buffet

Hari ini, kami bawakan kepada anda sebuah restoran yang terletak di Telaga Air dan terkenal dengan hidangan makanan laut yang dihidangkan secara buffet.

image is not available

Pasti penggemar makanan laut mengenali restoran Khalish79Seafood ini. Pelbagai hidangan enak boleh dicuba di sini dan semuanya daripada hidupan laut segar.

Bahkan, dikatakan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menjamu selera di restoran ini.

Menariknya di sini, mereka menghidangkan lebih 30 menu makanan laut yang enak.

Jangan lupa menu best seller mereka!

Antaranya sotong celup tepung, ketam masak sos, aneka asam pedas dan sebagainya.

Dikatakan, menu best seller di sini adalah udang galah mereka. Bukan sahaja segar dan sedap, menu udang galah di sini dicaj dengan harga yang lebih berpatutan jika dibandingkan dengan tempat lain.

Untuk anda yang teringin menikmati variasi menu makanan laut bolehlah datang ke sini. Lokasinya terletak di Kampung Telaga Air Jalan Matang.

image is not available

Kedainya terletak di tepi jalan sahaja.

Difahamkan, restoran ini hanya beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja dari jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Jadi, tunggu apa lagi, bagi penggemar ‘jalan-jalan cari makan’ jangan lupa masukkan Khalish79Seafood ini sebagai salah satu port makan untuk dicuba.

Lagi tempat makan menarik di sini:

https://www.iloveborneo.my/buat-pencinta-manisan-anda-wajib-cuba-mons-bakehouse-cafe-di-northbank-tabuan/

https://www.iloveborneo.my/simple-tapi-sedap-nasi-ayam-cincang-cekgu-di-kuching-ini-digemari-ramai/