Hidang Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Singgah Ke Lapa.Food ‘Fast Food’ Lokal Pertama Di Miri

31 Jan 2023 • 9:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berkonsepkan fast food dengan menu menarik

Hidang Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Singgah Ke Lapa.Food ‘Fast Food’ Lokal Pertama Di Miri. Kebiasaanya, McDonald’s, Marry Brown, KFC atau restoran makanan segera lain akan menjadi destinasi utama kepada pencinta makanan segera selain mudah ianya mudah didapati di mana-mana sahaja.

Tetapi buat warga Miri dan sekitar, jika anda mahukan kelainan apa kata anda cuba pula makanan fast food di Lapa.Food ini.

image is not available
Hidang Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Singgah Ke Lapa.Food ‘Fast Food’ Lokal Pertama Di Miri. Kredit: Lapa.food

Menariknya di sini, Lapa.food ini merupakan restoran tempatan pertama yang menyajikan makanan segera ala-ala McD mahupun Marry Brown di Miri.

Nama menu pun unik

Restoran ini menyediakan pelbagai menu antaranya burger, aneka snek dan macam-macam lagi.

Untuk yang menginginkan hidangan yang lebih berat, apa kata anda cuba menu set nasi mereka.

image is not available

Nasi lemak pun ada tau!

image is not available

Menariknya di sini, nama-nama menu di sini direka dengan nama-nama yang unik.

Antaranya, set combo si jantung hati di mana anda akan dihidangkan dengan ‘prawn katsu nona manis’, ‘kentang oh Fatimah’ dan air sparkling.

image is not available

Kepada anda yang tinggal berdekatan Miri atau merancang melakukan perjalanan ke Miri, bolehlah sama-sama menyokong perniagaan makanan segera bumiputera ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Saiz hidangannya pun tidak kedekut!

Difahamkan, Lapa.food ini telah membuka 2 cawangan di Miri antaranya di Tusan Permy dan Tusan Riam. Makanan mereka juga boleh dipesan melalui Grabfood dan Foodpanda.

Untuk hari operasi pula mereka dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Lagi tempat makan menarik: