Ada Daging Wagyu, Nikmati Hidangan Premium Jepun Di Minoru Japanese Restaurant Kuching

30 Jan 2023 • 12:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Minoru restoran tidak menghidangkan menu berasaskan babi, ‘no pork, no lard‘.

Ada Daging Wagyu, Nikmati Hidangan Premium Jepun Di Minoru Japanese Restaurant Kuching. Buat pencinta makanan Jaepun di luar sana, anda mesti cuba restoran yang menyajikan Authentic Japanese Cuisine di Kuching ini.

Siapa sahaja yang tak minat sushi kan? Di Kuching, pilihan restoran yang menawarkan hidangan asli Jepun menggunakan bahan segar adalah amat terhad.

image is not available
Ada Daging Wagyu, Nikmati Hidangan Premium Jepun Di Minoru Japanese Restaurant Kuching. Sumber foto: FB Minoru Japanese Restaurant

Boleh menikmati sushi fresh dibuat serta merta di hadapan anda

Di Minoru Japanese restaurant ini, anda bukan sahaja boleh menikmati sushi fresh yang dibuat serta merta setelah anda memesanya malah anda juga boleh menikmati pelbagai lagi jenis makanan Jepun yang enak di sini.

Antara menu yang kami sarankan untuk anda cuba di sini adalah Ebi Fried Shogayaki, Gyoza, Unadon, Tenzaru Soba, pelbagai jenis hidangan sushinya seperti, Salmon Belly, Ebiko, Avocado, Spicy Tuna, Tamago, kemudian ada banyak jenis sashimi dan ada banyak lagi hidangan menarik yang lain.

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

Di sini ada juga daging premium Wagyu

Kalau anda teringin nak makan Wagyu pula, Minoru Japanese Restaurant ada menghidangkan daging premium ini buat para pelanggannya.

Beroperasi setiap hari dari jam 11.30 hingga 2.30 petang dan buka semula mulai jam 6 petang hingga 10 malam, anda boleh singgah di restoran ini yang bertempat di Rubber Road, Kuching.

Lagi port makan menarik di Kuching di sini: