
Hidangan ini masuk dalam senarai 100 hidangan paling teruk di dunia
Hidangan Malaysia Ini Tersenarai Dalam Hidangan Yang Paling Teruk Di Dunia. Biar betul? Mesti korang terkejut kan, ada juga hidangan di Malaysia ni termasuk dalam senarai hidangan paling teruk di dunia. Korang boleh teka tak apa hidangan tu?
Sebelum ni, kami telah menulis artikel hidangan Malaysia mendapat ranking teratas dan mampu mengalahkan makanan Jepun iaitu Sushi dalam makanan tradisional Asia.

Dan kali ini pula, salah satu hidangan dari Malaysia ini tersenarai dalam 100 makanan paling teruk di dunia. Mari kita lihat..
Penilaian ini diambil dari TasteAtlas, satu laman ensiklopedia makanan antarabangsa yang memaparkan resipi-resipi hidangan, pengalaman makanan tradisional, ulasan pengkritik makanan, dan penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular.
Berdasarkan TasteAtlas, hidangan yang dinyatakan adalah Nasi Goreng Kambing berada di kedudukan di tangga ke-48 dalam senarai tersebut. Hidangan ini Malaysia ini juga dikatakan juga ada di Singapura dan juga Indonesia.

Dari segi penilaian, nasi goreng kambing mendapat skor 2.6 daripada 5.
Manakala, yang berada di kedudukan 3 teratas makanan paling teruk adalah hidangan dari Iceland (Hákarl), New York (Ramen Burger) dan Israel (Yerushalmi Kugel).
Untuk senarai ‘100 makanan paling buruk di dunia’, TasteAtlas telah merekodkan sejumlah 396,447 penilaian, di mana 273,250 daripadanya diiktiraf oleh sistem yang berpengetahuan.



