Hidap kanser: Raja Charles III zahir ucapan terima kasih atas sokongan rakyat

11 Feb 2024 • 2:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LONDON: Raja Britain Raja Charles III (gambar) dalam perutusan sulung baginda selepas disahkan menghidap kanser, menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat atas ucapan dan ingatan tulus iklas terhadap baginda.

“Sama seperti penghidap kanser yang lain, sesungguhnya sokongan dan dorongan yang diberikan menjadi sumber kekuatan dan galakan yang sungguh bermakna.

“Beta amat berbesar hati apabila mengetahui bahawa perkongsian diagnosis beta telah membantu lebih ramai rakyat untuk lebih memahami mengenai penyakit ini, selain mengetengahkan usaha organisasi yang menyokong pesakit kanser dan keluarga mereka di seluruh UK dan dunia secara menyeluruh,“ titah baginda dalam perutusan itu.

Baru-baru ini Istana Buckingham dalam satu kenyataan memaklumkan Raja Charles III disahkan menghidap kanser.

Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan bonda baginda Ratu Elizabeth II pada 8 Sept 2022. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved