Hidayah bawa kekasih tonton program lawak – “Dulu selalu ikut arwah Abam ke sini”

EntertainmentLifestyle
3 Nov 2025 • 12:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 33, membawa kekasih baharunya, Amsyar Salim menonton Muzikal Lawak Superstar 2025 di Royal Theater, Shah Alam.

Bawa kekasih tonton program lawak

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram, Hidayah memberitahu sewaktu arwah Abam masih ada dia sering mengunjungi lokasi itu untuk menemani suaminya.

“Dulu masa arwah suami ada memang selalu ikut ke sini,” kata Hidayah, semalam.

Dalam pada itu, dia memberitahu kehadirannya kali ini sedikit berbeza dengan membawa orang baharu sekali gus memberi sokongan buat rakan-rakan arwah yang melakukan persembahan.

“Sekarang kita datang untuk sokong kawan-kawan arwah dan semoga berjaya semua,” jelasnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet mendoakan Hidayah berbahagia dengan kehidupan yang baharu dan ada juga yang mendakwa wajah kekasihnya mirip seperti arwah.

Moga bahagia selalu

image is not availableSebiji muka arwah

image is not available

Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga bersam Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun.

Sumber: Instagram hidayah_hamzahh

View Original Article