Hidayah Milik Allah, Ruben Onsu Peluk Islam: “Assalamualaikum…

2 Apr 2025 • 9:58 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Hos dan usahawan terkenal Indonesia, Ruben Onsu mengumumkan memeluk Islam pada 1 Syawal lalu.

Pengumuman tersebut dibuat selepas dirinya sah menjadi mualaf pada Ramadan lalu dengan bimbingan Habib Usman Yahya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ruben yang sebelum ini merupakan penganut Kristen menyifatkan keputusan memeluk Islam tidak diambil dalam waktu yang singkat. Ia sebaliknya sudah lama dipertimbangkan.



"Assalamualaikum. Mungkin ini saatnya saya bisa sampaikan, maafkan jika baru bisa saya sampaikan, kerana saya ingin fokus ibadah. 



“Sebagai manusia saya tak luput dari salah dan terus berusaha memperbaiki diri agar bisa menjadi lebih baik," tulis Ruben Onsu.



Bersama pengumuman tersebut, lelaki berusia 41 tahun itu juga menegaskan keputusan memeluk Islam tiada kaitan dengan perceraiannya sebelum ini atau sebuah paksaan.



“Saya telah memikirkan keputusan ini sejak lama dan ia tiada kaitan dengan rumah tangga yang pernah saya jalani. Ini (peluk Islam) juga bukan satu paksaan. Semoga saya istiqomah,” tulisnya lagi.

Kenyataan yang diberikan Ruben mendapat banyak sokongan dan doa bukan hanya dalam kalangan selebriti tetapi juga pengguna media sosial.