Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey

Entertainment
13 Feb 2023 • 6:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SEBAK menerima hadiah sebak pegang potret keluarga, reaksi sayu balu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali,31, menjadi perhatian ramai.

Ibu kepada satu-satunya cahaya mata Allahyarham Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey itu menzahirkan rasa pilu selepas menerima potret yang memaparkan beliau berdiri Allahyarham Abam dan anak mereka.

“Terima kasih @the_creative_factory_my Bagi Hadiah yang sangat bernilai buat Dayah dan Hamzah.

“Tak pernah dapat bergambar bertiga macam ni. Sangat-sangat cantik. Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar tiga Tahun 10.2.2023,” titip Hidayah.

image is not available

Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 pada usia 32 tahun selepas mengalami demam panas dan sakit kepala.

Pelawak dari kumpulan Bocey itu berkahwin dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.

image is not available

Warga maya turut tersentuh dengan tangisan Hidayah menerusi video tersebut memberikan kata-kata semangat buat usahawan wanita itu.

image is not available

 

– “Masya-ALLAH cantiknya. Bersatu family ini walaupun hanya dalam gambar. emoga ALLAH satukan famili ini di syurga-NYA nanti insya-ALLAH. Al Fatihah buat arwah Abam.

-“Menangis saya tengok, nampk di mata Hidayah sebenarnya dia tak kuat tapi demi ank dia tabah. Menangis dari dalam. Al-Fatihah buat arwah Abam. Hidayah anda seorang wanita yang kuat.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

image is not available

– “Gugur air mata akak, semoga Dayah terus kuat meperjuangkan hak Dayah dan anak. ALLAH sabaik-baik pelindung .”

– “Sedihnya..semoga Dayah dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki yang berkat semoga Hamzah menjadi anak soleh dunia akhirat. Al-Fatihah buat arwah Abam.”

– “Moga Dayah kuat.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.