Pernah tak tengah malam selsema teruk, hidung tersumbat kiri kanan, tiba-tiba rasa macam nak mati sebab tak cukup nafas?
Otak terus bunyi alarm, bangun duduk tepi katil sebab panik.
Sebenarnya anda takkan mati lemas jika hidung tersumbat sebab selsema. Oksigen cukup je masuk, cuma laluan tol tu jem sikit.
Masalahnya bila korang mula gelabah, nafas automatik jadi laju dan pendek. Masa tu lah dada rasa ketat macam kena himpit.
Lepas tu mulalah perangai pelik, asyik test tarik nafas dalam-dalam berulang kali konon nak pastikan paru-paru okay ke tak. Stop buat macam tu!
Makin korang test, makin cepat korang hanyut dengan anxiety.
Ni Min nak ajar cara bernafas bila hidung dah total block:
1. Jangan paksa sedut ikut hidung. Bernafas je ikut mulut perlahan-lahan. Tarik nafas 4 saat, hembus panjang 6 hingga 8 saat. Hembus panjang ni yang akan matikan suis cemas dalam otak tu.
2. Posisi tu penting. Duduk condong sikit ke depan, letak siku atas lutut. Rilekskan bahu, jangan keraskan leher macam nak ajak bertumbuk.
3. Sembur saline spray atau mandi air suam nak bagi wap tu buka balik laluan hidung yang tengah jem teruk tu.
Tapi kena peka juga. Kalau bibir dah biru, semput sampai tak boleh bercakap atau dada sakit mencucuk, itu memang kecemasan sebenar!
Terus pergi hospital, jangan pula gigih duduk rumah buat latihan pernafasan.
#PublicHealthMalaysia #HidungTersumbat #Selsema #AnxietyAttack #KesihatanMental #TipsPernafasan
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






