“Hidup Aku Dah Jahanam Sekarang, Semua Sebab Kau” – Fizi Ali Hilang Sabar Dengan Bekas Isteri

Entertainment
16 Jun 2022 • 5:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru sahaja enam bulan bercerai secara baik, penyampai radio Fizi Ali hari ini dilihat ada meluahkan perasaan di beberapa hantaran Instagram Story miliknya terhadap bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Fizi yang merupakan DJ radio Suria FM, berkata dia sudah hilang sabar dengan tindakan bekas isterinya itu tetapi tidak menjelaskan dengan lanjut apakah yang telah dilakukan oleh Shakilla.

image is not available

Luah Fizi lagi, apa yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada hidupnya sehingga ke tahap ‘jahanam’.

image is not available

Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau. Hidup aku dah jahanam sekarang, aku hilang semua benda. Semua benda disebabkan kau. Tak sedar lagikah?

Terdahulu, pasangan ini telah mengumumkan perkahwinan yang dibina pada 18 Februari 2018 berakhir dengan penceraian pada Disember tahun lalu.

Perkahwinan telah dikurniakan dengan kehadiran seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 3 tahun.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.