“Hidup Aku Jahanam, Hilang Semua Benda Sebab Kau!” – Fizi Ali

16 Jun 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dilihat telah memuatnaik luahan hatinya di Instagram Story yang dipercayai ditujukan kepada bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau.

Sabar ada tahapnya. Aku rasa makin lama makin nipis ni. Hidup aku dah jahanam, sekarang aku hilang semua benda semua sebab kau! Kau tak sedar lagi ke ha? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” tulisnya dalam luahan itu.

image is not available

Dari luahan hati Fizi itu, kelihatan seperti dia sudah tidak lagi mampu menahan sabar dengan segala ujian yang menimpanya.

Fizi dan Shakilla bercerai pada Disember tahun lalu selepas tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofea yang kini berusia tiga tahun. - Getaran, 16 Jun 2022

Gambar: Instagram
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved