“Hidup balik lepas cas”- Lelaki Berjaya Dapat Balik iPhone Yang Hilang Dalam Sungai 10 Bulan Lepas

Entertainment
25 Jun 2022 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkara yang paling digerunkan ketika bercuti ialah jika passport atau telefon pintar kita hilang atau dicuri. Lebih-lebih lagi kalau telefon tu, memang pening kepala sebab ada banyak maklumat penting dalam tu kan.

Kejadian yang sama turut berlaku kepada seorang lelaki di United Kingdom namun apa yang menariknya, telefonnya yang hilang dalam sungai pada 10 bulan lalu berjaya ditemui semula dan masih boleh digunakan!

image is not available

Menurut BBC, iPhone tersebut telah terjatuh daripada poket pemiliknya iaitu Owanin Davies ketika sedang bersampan di Cinderford, Gloucertershire pada Ogos tahun lalu.

image is not available

Namun, baru-baru ini, seorang lelaki bernama Miguel Pacheco telah menemui telefon keluaran Apple itu ketika sedang melakukan aktiviti berkanu bersama keluarganya.

Dia kemudiannya membawa telefon itu pulang ke rumah dan mencuba pelbagai cara untuk mengeringkan iPhone itu.

image is not available

Yang ajaibnya, telefon itu kembali hidup sebaik sahaja dicas selepas berjaya kering.

Lock screen iPhone itu pula menunjukkan gambar seorang lelaki dan wanita.

image is not available

Dia kemudiannya memuat naik gambar berkenaan di Facebook group Cinder Noticeboard untuk mencari semula pemiliknya.

Pemiliknya berjaya ditemui kerana ada beberapa rakan pemilik yang terlihat gambar lelaki itu di media sosial.

Menurut Owain Davis, telefon itu mungkin terjatuh kerana dia meletakkannya di dalam poket belakang seluar pada hari kejadian.

Hebat betul iPhone ni, tenggelam dalam air beberapa bulan pun masih boleh hidup lagi.

Sumber: BBC

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.