"Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

13 Aug 2024 • 5:51 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui Hana Shahadan sejak masih kecil yang membentuknya menjadi insan lebih kuat pada masa kini.

Hana yang juga anak bongsu daripada enam adik-beradik itu membesar dalam keluarga serba daif di sebuah perkampungan yang terletak di Kuang, Selangor tanpa sebarang bentuk kemewahan pernah dirasai terutama semasa masih kecil.

Menyorot kehidupan awalnya seperti yang dikongsikan dalam sesi podcast Apa Cerita? kendalian Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin, sosok wanita cekal ini menyingkap bagaimana usaha kerasnya mencari pendapatan sendiri seningga melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Hana berkongsi, ibunya tidak mampu membaca dan memandu, namun mampu meneruskan kerjaya perniagaan memberi inspirasi buatnya untuk terus berusaha demi mengubah nasib keluarga.

“Daripada kecil memang saya rapat dengan emak sebab saya anak bongsu. Adik-beradik saya tiga lelaki dan tiga perempuan. Daripada kecil saya memang ikut apa yang emak buat ataupun apa yang diajar. Emak saya sudah meninggal, jadi bila imbas kembali memori itu ia akan memberi makna.

“Emak saya tidak boleh membaca, bawa basikal, motosikal dan kereta. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang susah. Keluarga saya tiada kereta, jadi kalau di kampung akan berjalan kaki sahaja. Emak saya hanya suri rumah dan akan buat perniagaan. 

“Emak ada katalog kosmetik dan dia akan berjalan keliling kampung untuk berniaga. Adakala berjalan ke 20 rumah untuk berniaga. Saya memang ingat sebab dulu kalau balik sahaja dari tadika, saya memang akan ikut emak dan pusing keliling kampung. 

“Saya bukan yang lahir sahaja terus senang sebagaimana saya sekarang ini. Orang memang sudah kenal emak dan sampai sekarang orang kampung ingat. Emak juga adalah orang yang sangat disenangi. Banyak perkara dia tak boleh buat, jadi dia hanya boleh bercakap dan layan orang dengan baik,” katanya.

Kongsi Hana lagi, setiap hujung minggu dia akan ikut ibunya ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membeli barangan yang sudah dipesan pelanggan seawal jam 6 pagi, dengan menaiki bas.

image is not available

Budak kampung ejek











Ibu makan kerak nasi



“Walaupun begitu, emak tidak pernah rasa yang kami sekeluarga ini susah dan makanan memang sentiasa cukup atas meja. Arwah emak akan jadi orang terakhir yang makan dan nasi itu hanya kerak sahaja sebab dia akan pastikan semua orang dapat makan. 




Keluarga penting









image is not available





Bisnes sambil beramal