Hidup Dalam Flat Kotor Penuh Sampah & Najis, Dua Beranak Dibela JKM

Entertainment
18 Jan 2024 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video yang memaparkan dua beranak yang hidup dalam keadaan sangat menyedihkan di mana flat yang didiami mereka dalam keadaan sangat kotor dipenuhi sampah serta ada takungan najis.

Difahamkan, kedua-dua beranak itu tinggal di Flat Taman Silibin, Ipoh, Perak. Mereka berdua tinggal di situ berdua sahaja dan beberapa ekor kucing.

@ipoh.echo

Mother and Son Living Amidst Garbage and Filth @ Flat Taman Silibin For more info: https://www.facebook.com/IpohEcho/posts/816296737176693 https://www.ipohecho.com.my/2024/01/17/mother-and-son-living-amidst-garbage-and-filth/ #jabatankebajikanmasyarakatnegeriperak #ipohecho #peraktastic

♬ original sound – Ipoh Echo – Ipoh Echo

Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, bantuan kewangan akan disalurkan kepada mereka dalam masa terdekat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Penama dan ibu tinggal di rumah flat yang terbiar milik individu lain, tetapi pemilik tidak mengenakan bayaran sewa dan mereka telah dua tahun tidak membayar sewa. Flat tersebut usang dan banyak unit tiada penghuni.

Ibu penama sedang menerima bantuan dari Baitulmal sebanyak RM500 sebulan. Penama mengalami masalah kemurungan di tahap minima dan tidak mahu membenarkan ibunya dimasukkan ke rumah kebajikan dan sanggup menjaga ibunya,” katanya.

Anak lelaki yang berusia 46 tahun itu difahamkan telah berhenti kerja untuk menjaga ibunya (77 tahun) yang kian uzur.

Semoga masalah kedua-dua beranak ini diringankan…

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved