Hidup Serba Kekurangan, Rumah Keluarga Daif Di Kampung Tambirat Asajaya Ini Berlantaikan Tanah

14 Aug 2022 • 7:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga beranak ini hidup serba kekurangan dengan keadaan rumah yang tidak sempurna dan usang.

Hidup Serba Kekurangan, Rumah Keluarga Daif Di Kampung Tambirat Asajaya Ini Berlantaikan Tanah. Tatkala kita hidup di mahligai yang serba lengkap dan indah, ada juga golongan daif yang tinggal di lubuk berlantaikan tanah dan berbantalkan batu.

Seorang individu bernama Zainalbana Bakeri menerusi laman Facebooknya, berkongsi kisah tiga beranak yang daif hidup dalam serba kekurangan dengan keadaan rumah yang tidak sempurna dan usang.

image is not available
Suasana rumah keluarga daif yang tidak sempurna dan usang. Kredit: Facebook Zainalbana Bakeri

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah yang diungkapkan oleh Zainal selepas menyaksikan kehidupan daif keluarga tiga beranak di Kampung Tambirat, Asajaya.

Jelasnya lagi, salah seorang ahli keluarga dikenali sebagai Karim telah dijanjikan bantuan untuk keluarganya namun kunjungan tidak pernah tiba di pandangannya.

Namun, susulan daripada hantaran di Facebook yang tular itu, beberapa bantuan telah disalurkan kepada keluarga itu untuk meringankan beban mereka.

image is not available
Bantuan disalurkan sejurus selepas berita tentang keluarga ini tular di facebook. Kredit: Facebook Zainalbana Bakeri

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berduka cita dengan nasib yang menimpa keluarga itu dan sedih di atas nasib anak perempuan Karim yang berstatus kelainan upaya.

image is not available
Kredit: Facebook Zainalbana Bakeri

image is not available
Kredit: Facebook Zainalbana Bakeri

image is not available
Kredit: Facebook Zainalbana Bakeri

Pernah bina rumah PPRT tetapi dirobohkan

Turut dilihat di ruangan komen Facebook, saudara Syahrizzal Arfandy membuat penjelasan mengenai masalah yang menimpa keluarga daif itu.

Pada tahun 2019, Syahrizzal wakil Ahli Parlimen Kota Samarahan bersama Baitulmal Sarawak Cawangan Samarahan pernah menyantuni Karim dan keluarganya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Karim juga pernah diberikan sebuah rumah PPRT namun dirobohkan berikutan konflik pemilikan tanah dan pemilik tanah itu telah menawarkan pampasan RM70 ribu namun ditolak mentah oleh Karim.

Pihak Syahrizzal juga sering memujuknya untuk pindah di tempat yang lebih selesa tetapi Karim tetap dengan pendiriannya untuk terus tinggal disitu berlantaikan tanah.

image is not available
Keadaan rumah keluarga itu. Kredit: Facebook Zainalbana Bakeri

Rata-rata ramai golongan seperti ini gemar menerima bantuan namun tidak mahu meninggalkan kediaman mereka yang serba tidak lengkap itu.

Namun ada juga segelintir yang hidup daif namun tabah dan bersemangat setiap hari untuk mengubah nasib keluarga agar kehidupan mereka lebih selesa dan nyaman.

Lagi di sini: