Warga Emas Dibuang Di Hutan Gara-gara Suami Enggan Jaga Lepas Diserang Strok

Entertainment
14 Aug 2022 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila kita mendirikan rumah tangga, itu bermakna kita dan pasangan dah bersetuju untuk saling menjaga dan hidup bersama sehingga ke hujung nyawa.

Namun, sedangkan pantai lagi berubah, apatah lagi hati manusia. Itulah yang boleh digambarkan dengan nasib seorang wanita warga emas di Indonesia ini apabila dia ditemui terlantar seorang diri di hutan baru-baru ini.

image is not available

Memetik laporan Kompas.com, dia disyaki dibuang oleh suaminya yang enggan menjaganya selepas wanita itu diserang strok.

Kisah penemuan warga emas itu menjadi bualan netizen Indonesia setelah ia dikongsikan di akaun Facebook seorang individu yang dikenali sebagai Andree dalam FB group Info Garut beberapa hari lalu.

image is not available

Wanita itu mengatakan dia telah ditinggalkan oleh suaminya di situ selama tiga hari sebelum ditemui oleh penduduk di situ.

Difahamkan, sejurus setelah ditemui, wanita itu terus dibawa ke hospital dan kini sedang mendapat rawatan di hospital di Karawang.

image is not available

Keluarga wanita itu juga dilaporkan sudah dihubungi dan telah berada di Karawang untuk menjemputnya pulang.

Kalau ya pun si suami tu dah tak nak jaga, lepaskan lah isteri tu dengan baik dan hantar semula dia ke pangkuan keluarga.

Sumber: Kompas.com

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.