Hidup Tak Terurus 7 Bulan Lepas GF Meninggal, Ramai Sebak Tengok Tindakan Kawan Baik Lelaki Ini

Entertainment
7 Feb 2023 • 3:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan senang untuk kita melalui pemergian insan yang tercinta dalam hidup lagi-lagi kalau pemergian itu buat selamanya…

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai kisah yang dikongsikan oleh seorang pemuda tentang sahabatnya yang sedang berduka selepas teman wanitanya pergi menghadap ilahi.

Bersedih selama 7 bulan

image is not available

Pada masa artikel ini ditulis, video yang dimuat naik ke laman sosial TikTok itu telah meraih 5.4 juta jumlah tontonan dan meraih 338K tanda suka dalam masa satu hari.

Menerusi video berkenaan, pemuda yang dikenali sebagai Hilmie itu menunjukkan keadaan rumah kawannya yang tunggang terbalik kerana ‘broken’ akan pemergian teman wanitanya itu.

“Maaf biar kau sendiri. Ya Allah tak sanggup nak tengok. Sebab seorang wanita kau jadi macam ni wahai sahabat. Seolah-olah tiada lagi hati untuk hidup,” tulis Hilmie.

Difahamkan rakan kepada Hilmie itu sedang hidup dalam keadaan yang tak terurus setelah teman wanitanya itu meninggal dunia mahupun dia berasa sedih dan hilang arah, dia tetap akur dengan takdir tersebut.

image is not available

image is not available

Dapat dilihat dari video yang dimuat naik, keadaan bilik tidur yang tidak terurus dengan barangan yang bersepah di atas lantai dan juga tempat tidurnya.

Bukan itu sahaja, jeriji tingkap bilik tidur juga dijadikan sebagai ampaian untuk menggantung sejadah, gloves, dan tali pinggang.

Hilmie juga telah menunjukkan beberapa barangan rakannya itu yang mempunyai sentimental value tersendiri meskipun ia berselerakkan di merata sudut bilik.

Oleh itu, Hilmie sebagai seorang rakan yang prihatin, telah bertindak untuk mengemas bilik tidur rakannya itu dengan harapan rakannya itu akan tabah dalam menghadapi ujian hidup itu.

image is not available

image is not available

“Awak kawan yang baik..” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak atas tindakan Hilmie yang sanggup membantu rakannya sewaktu rakannya itu sangat memerlukan bantuan semasa menghadapi ujian hidup.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: mStar, TikTok

Sebak min baca cerita dia ni semoga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.