Hidupkan Jiwa Malaysia! Jururawat Melayu Suap Pesakit Warga Emas India Terima Penghargaan Menteri Kesihatan

LocalHealth & Fitness
25 Jan 2026 • 1:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi perbezaan agama serta kepercayaan.

Sikap terpuji jururawat, Nur Deena Nadzhiefa, mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang memberikan pengiktirafan kepadanya ketika mengadakan kunjungan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sempena majlis perasmian bangunan baharu hospital itu, semalam.

image is not available

image is not available

Dzulkefly berkata video berkenaan benar-benar menjentik perasaan beliau dan mendorongnya untuk bertemu sendiri dengan jururawat itu.

“Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Deena tunjukkan,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Tegas beliau, penyembuhan di hospital bukan sahaja bergantung kepada pil atau suntikan, tetapi juga lahir daripada layanan penuh empati dan kasih sayang.

Artikel lain: KKM Percepat Pelantikan Tetap 4,352 Pegawai Perubatan Mulai Oktober

Jururawat Melayu Suap Pesakit Warga Emas India

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Nur Deena kerana menghidupkan semangat ‘Malaysia’ dalam tugas seharian, berharap nilai-nilai murni yang ditonjolkan itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan.

image is not available

Rakaman berdurasi 41 saat yang tular itu menunjukkan momen seorang jururawat menyuap makanan menggunakan tangan kepada pesakit berbangsa India, meruntun jiwa warganet yang memuji keikhlasan dan empatinya meskipun berbeza agama.