Hijab dipakai Ardell jadi perhatian, guna t-shirt gantikan tudung bagi tutup aurat

5 Oct 2025 • 3:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hijab yang dipakai selebriti dan juga aktivis, Ardell Aryana telah mencuri perhatian apabila beliau dilihat guna t-shirt bagi menggantikan tudung bagi menutupi auratnya.

Ardel guna t-shirt tutup kepala

Perkara itu telah menjadi bualan di media sosial selepas delegasi wanita yang menyertai Global Sumud Flotilla memaklumkan ada aktivis wanita berhijab dipaksa membuka tudung oleh tentera zionis sewaktu dalam tahanan.

image is not available

Guna t-shirt berwarna putih sebagai hijab

Dapat dilihat Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35 menggunakan t-shirt berwarna putih di kepala sewaktu tiba di Istanbul selepas dibebaskan dari tahanan bersama delegasi GSF yang lain.

image is not available

Ramai perasan hijab dipakai Ardell

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di media sosial yang rata-rata simpati dan hiba dengan apa yang dilalui mereka demi menjayakan misi kemanusiaan ke Gaza.

Walaupun tidak dapat dipastikan keadaan Ardell ketika ini, ramai yang berharap agar aurat para delegasi wanita Muslim terus terjaga.

image is not available

Berdebar nak tahu hal sebenar

image is not available

Sebak lihat keadaan macam ni

image is not available

Adakah tudungnya telah dirampas?

image is not available

Semoga semua daripada mereka terus dilindungi

image is not available

Setakat ini, belum ada sebarang perkembangan lebih lanjut berkenaan kesemua delegasi Malaysia yang sudah dibebaskan dan berada di Istanbul.

Namun begitu, mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat serta bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Sumber: Thread