HIL Industries ambil alih tanah AMMH bernilai RM47 juta di Kuala Lumpur

Business & Finance
1 Nov 2023 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HIL Industries ambil alih tanah AMMH bernilai RM47 juta di Kuala Lumpur

azan

01/11/2023 - 18:00

KUALA LUMPUR 1 Nov - HIL Industries Berhad menerusi Amverton Prop Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama A & M Modern Homes Sdn. Bhd. (AMMH) bagi mengambil alih tanah pegangan bebas seluas 1.21 hektar berharga RM47 juta di Batu, Kuala Lumpur.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan pengambilalihan itu membolehkan mereka menambah bank tanah dan projek pembangunan hartanahnya.

Ia dijangka meningkatkan simpanan tanah sedia ada kumpulan daripada kira-kira 22.8 hektar kepada 24 hektar yang tersedia untuk pembangunan.

"Potensi pembangunan di tanah AMMH juga dijangka meningkatkan sumbangan hasil dan keuntungan daripada segmen pembangunan hartanah serta prestasi kewangan keseluruhan kumpulan.

"Cadangan pengambilalihan itu juga selaras dengan matlamat kumpulan untuk mengembangkan perniagaan hartanahnya yang memberi tumpuan kepada pembangunan di Lembah Klang," katanya.

Kumpulan itu akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang mendalam untuk menilai profil risiko-ganjaran, sebelum memuktamadkan cadangan pembangunan.

Ketika ini masih awal untuk mengesahkan butiran cadangan pembangunan termasuk, antara lain, nilai pembangunan kasar, kos pembangunan dan anggaran keuntungan yang akan diperoleh daripada pembangunan kondominium.

"Oleh itu, anggaran jangka masa dan komitmen kewangan tambahan yang diperlukan untuk cadangan masih belum ditentukan pada ketika ini," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved