Mitrajaya peroleh kontrak RM84.5 juta bina apartmen di Kuala Lumpur

Business & Finance
30 Oct 2023 • 5:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mitrajaya peroleh kontrak RM84.5 juta bina apartmen di Kuala Lumpur

diyana

30/10/2023 - 17:51

KUALA LUMPUR 30 Okt - Mitrajaya Holdings Berhad, melalui anak syarikatnya Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak pembinaan apartmen bernilai RM84.5 juta di Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak tersebut diterima daripada GDP X Properties Sdn Bhd pada 27 Oktober melibatkan kerja pembinaan dan penyiapan satu blok pembangunan 31 tingkat yang terdiri daripada 188 unit apartmen.

Menurut Mitrajaya, kontrak terbabit adalah untuk tempoh 24 bulan (2 tahun) dari tarikh pemilikan tapak pada 8 Disember 2023 dan dijangka siap pada 8 Disember 2025.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga 2025. Kontrak tidak akan mempunyai kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham,” katanya.

Saham Mitrajaya ditutup tinggi pada 26 sen, naik 1 sen atau 4% dengan permodalan pasarannya bernilai RM201.8 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved